Melodi Kehidupan


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Monday, September 15, 2008

Anak Dara Cilik

Nur Amira Binti Zamer Rizal @ Adik, 7 Tahun yang sentiasa"pokpek" siang dan malam. Bijak menggunakan gadjet telefon canggih tanpa perlu diajar.

Sunday, September 14, 2008

Adegan Yang Takpa Kita Lihat

Semasa Cuti-cuti Malaysia 2008 di Kuantan Tembeling Resort, Kuantan, Pahang. Suasana Laut Cina Selatan dan alam semulajadi hijau yang menenangkan emosi dan merehatkan minda. Fizikal dah tentu bersantai habis...makan dan tidur saja.

Syok Sendiri!

Dalam perjalanan ke Seremban, Negeri Sembilan untuk tugas luar pejabat. Mengantuk sangat memandu...maka aku buatlah aktiviti "syok sendiri" yang mencelikkan mata.

Nenek@Mak...Insan Paling Berjasa

Nenek yang aku panggil "Mak" sehingga saat ini. Mak yang memeliharaku sejak aku berumur 1 tahun 6 bulan.

Saturday, September 6, 2008

Edisi Khas : Puisi Bulan Ramadhan


Bulan Ramadhan Bulan Mulia
Marilah Bermaafan Sesama Kita
Sebulan Berpuasa Besar Hikmahnya
Bukan Sekadar Lapar Dahaga

Waktu Bersahur Liat Sentiasa
Mata Kuyu Selera Terpaksa
Makanan Dijamah Tiada Rasa
Bantal Tilam Terbayang Diminda

Waktu Berbuka Dinanti Dimeja
Nafsu Selera Umpama Raja
Mulut Menanti Penuh Teruja
Perut Pula Kontang Terasa

Segala Juadah Sarat Dimata
Ikut Hati Nak Ditelan Semua
Waktu Membeli Tak Ingat Dunia
Terpukau Gimik Helah Penjaja

Bulan Puasa Tiada Makna
Jika Hanya Melambangkan Budaya
Hayatilah Hikmah Kita Berpuasa
Agar Kesedaran Menyelubungi Jiwa

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Nukilan "Kesedaran" oleh:
Zamer Rizal Osman @ ZoRrO
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor

Edisi Khas : Puisi Orang Politik


Pilihanraya Umum Telahpun Berlalu
Parti Pemerintah Tersenyum Pilu
Orang Melayu Lupa Sejarah Selalu
Sesama Sendiri Dijadikan Seteru

Sesama Sendiri Dijadikan Seteru
Anak Bangsa Rugi Selalu
Gejala Sosial Tiada Siapa Ambil Tahu
Orang Politik Leka Merapu

Orang Politik Leka Merapu
Tiada Semangat Untuk Bersatu
Kuasa Dan Pangkat Sasaran Dituju
Kurap Rasuah Dah Menjadi Kematu

Kurap Rasuah Dah Menjadi Kematu
Tiada Lagi Perasaan Malu
Pantang Disuap Gelojoh Selalu
Asal Sarat Wang Disaku

Nukilan "Latah" oleh:
Zamer Rizal Osman @ ZoRrO
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor

Monday, September 1, 2008

Edisi Khas : Erti Kemerdekaan Dahulu dan Kini



Dahulu...
Kemerdekaan Tanda Kebebasan Hakiki
Menuntut Kedaulatan Pemerintahan Sendiri
Bersatu dan Berpadu Tiada Kepentingan Peribadi
Asas Perjuangan Mencorakkan Jati Diri

Dahulu...
Kemerdekaan Bermandikan Tumpahan Darah
Anak Bangsa Berjuang Semangat Terarah
Pantang Sekali Berpaling Tadah
Lantang Bersuara Tidak Mudah Menyerah

Dahulu...
Keris Sakti Lambang Perjuangan
Menyatukan Bangsa Dimedan Pertempuran
Tiada Gentar Menghadapi Lawan
Rela Berkorban Demi Kemenangan

Kini...
Kemerdekaan Tanda Kebebasan Fikiran
Mencorak Negara Mengikut Acuan
Identiti Sendiri Tidak Menjadi Halangan
Jika Wujud Muafakat dan Perpaduan

Kini...
Kemerdekaan Bertunjangkan Kemajuan
Membina Negara Berteraskan Kemodenan
Bersama Pemimpin Penuh Wawasan
Rakyat Bersatu Menyokong Kepimpinan

Kini...
Kemerdekaan Mencetus Inspirasi
Merenung Masa Hadapan Membina Generasi
Bangsa Terbilang Pembangunan Negara Dikongsi
Rakyat Makmur Hidup Harmoni

Nukilan "Jiwa Merdeka" oleh:
Zamer Rizal Osman @ ZoRrO
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor