Melodi Kehidupan


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Saturday, April 23, 2011

Puisi Bicara Sakti...Siri 4 (Akhir)


Hari Ini dan Semalam...
Penjelajahan Jauh Menduga Kekuatan
Terus Melangkah Bertapakkan Kesetiaan
Kerap Terlencong Dihimpit Kesangsian
Kembali Menoleh Jejak Kenangan
Sukar Membezakan Garis Sempadan
Fikiran Meneka Disudut Kesuraman
Hati Pasrah Disusuli Ratapan
Mata Berkaca Memendam Perasaan
Diselubungi Kegelapan Memohon Keajaiban
Menanti Mentari Disebalik Awan

Esok dan Masa Hadapan...
Tiada Mampu Terjemah Kesinambungan
Merenung Jauh Titik Dihadapan
Semangat Membara Dibakar Perjanjian
Usia Perjalanan Bukanlah Halangan
Asal Wujud Rasa Kepercayaan
Saling Memahami Kukuhkan Ikatan
Bersama Bergandingan Menggenggam Suratan
Melawan Arus Sarat Cabaran
Pelangi Petang Mencipta Kesaktian
Kaki Langit Destinasi Pengharapan

Nukilan "Naluri 4" oleh:
Zamer Rizal Osman @ Putera Halimunan
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor

Saturday, April 16, 2011

Puisi Bicara Sakti...Siri 3


Pabila Hati Berbicara Sayu
Awan Mendung Berarak Kelabu
Sinar Mentari Tiada Bertamu
Titisan Hujan Mengalir Laju

Pabila Hati Berbicara Sepi
Kenangan Indah Hadir Disisi
Lorong Sejarah Kekal Terpatri
Mencari Diri Disebalik Naluri

Pabila Hati Berbicara Duka
Aura Pelangi Pudar Warna
Paksi Bumi Dipukul Gelora
Namun Kukuh Digaris Setia

Pabila Hati Berbicara Ceria
Kaki Langit Dikejar Semula
Jauh Jarak Memamah Usia
Skrip Cerita Pelbagai Warna

Nukilan "Naluri 3" oleh:
Zamer Rizal Osman @ ZoRrO @ Putera Halimunan
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor

Sunday, April 3, 2011

Puisi Bicara Sakti...Siri 2


Setahun Dalam Ruang Masa
Skrip Perjalanan Tiada Terduga
Membuka Lorong Mencipta Rasa
Mimpi Semalam Menghantui Minda
Keliru Merungkai Sejuta Makna
Memburu Sinar Diruang Mata
Membaca Naluri Setiap Ketika
Adakala Sukar Membezakan Dunia
Realiti Dikanan Kekal Setia
Imaginasi Dikiri Tetap Utama
Awan Berarak Kerap Terluka
Pabila Bayu Mengirim Duka
Membalut Sengsara Dipohon Setia
Ditemani Alunan Puisi Istimewa

Setahun Dalam Ruang Masa
Sejarah Kelmarin Hakikat Nyata
Kugenggam Erat Kehujung Dunia
Pelangi Petang Dikejar Bersama
Semangat Membara Hadir Menjelma
Jauh Perjalanan Umpama Kembara
Menuju Titik Halus Disana
Perjanjian Diri Tertulis Dijiwa

Nukilan "Naluri 2" oleh:
Zamer Rizal Osman @ ZoRrO @ Putera Halimunan
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor

Sunday, January 2, 2011

Puisi Bicara Sakti

Tahun 2010...
Sejarah Unik Terpatri
Memahatkan Sejuta Memori
Mencipta Warna Naluri
Tiada Mampu Dihindari
Imaginasi Umpama Realiti
Mimpi Menghantui Diri
Bergelora Rasa Dihati
Ada Ketika Bersendiri
Merenung Jejak Disusuri
Sukar Berundur Kembali

Tahun 2011...
Langkah Kecil Digagahi
Ditemani Sinar Sakti
Menuju Jalur Pelangi
Panas Terik Mentari
Menyilau Mata Hati
Paksi Berputar Sepi
Diikat Atas Janji
Aura Kian Sebati
Kaki Tetap Berdiri
Menuju Titik Suci

Nukilan "Naluri" oleh:
Zamer Rizal Osman @ ZoRrO @ Putera Halimunan
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor

Sunday, December 26, 2010

Puisi Untuk Nenek


Rasa Kehilangan Kekal Berpanjangan
Atuk Lama Meninggalkan Sempadan
Kini Nenek Melambaikan Tangan
Berakhir Skrip Sarat Kesunyian

Insan Berkorban Jiwa Raga
Memeliharaku Sejak Kenal Dunia
Bergolok Bergadai Tiada Berkira
Demi Melihat Kejayaan Cucunya

Kasih Sayang Tiada Beza
Wang Ringgit Bukan Nilainya
Tiada Kurang Dalam Sederhana
Keperluan Hidup Diagih Bersama

Jasa Nenek Kubalas Akhirnya
Kejayaanku Menjadi Bual Bicara
Nenek Berbangga Hati Berbunga
Doa Dipanjat Setiap Masa

Kini Nenek Pergi Selamanya
Meninggalkan Kenangan Terpahat Dijiwa
Tiada Sempat Inginku Bersua
Memohon Ampun Dipenghujung Nyawa

Nenek yang aku panggil "Mak" sejak kecil telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 2:15pm, 17 Disember 2010, Jumaat kerana sakit tua. Semoga roh "Mak" dicucuri rahmat Allah SWT. Al-Fatihah...

Nukilan Khas oleh:
Zamer Rizal Osman @ ZoRrO @ Putera Halimunan
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor

Sunday, October 24, 2010

Pelangi Petang

Tiada Lagi Aura Diri
Menarikan Jari Berbicara Sakti
Terasa Kehilangan Sesuatu Dihati
Semangat Sukar Ditemui Kembali