Melodi Kehidupan


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Thursday, March 18, 2010

Kemuncak Reunion SMTJB 1986/87


13-14 Mac 2010, Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan

"Mustahil untuk kita berundur kebelakang...". Walau bagaimanapun tidak mustahil untuk kita menoleh ke belakang untuk mengimbas lorong perjalanan yang pernah dilalui bersama.

Kemuncak Reunion bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik, Johor Bahru (SMTJB) 1986/87 akhirnya terlaksana dengan berkumpulnya 47 orang ahli bersama keluarga. Kehadiran bekas guru yang juga Warden Asrama (Tuan Haji Zakaria A Shukor dan Ustaz Ibrahim Yunus) benar-benar mengembalikan nostalgia dan meninggalkan kenangan terindah.

Walaupun kini lorong berbeza tetapi semangat setiakawan tetap bersatu. Semoga Program Reunion Siri 2 akan lebih menghangatkan.



Catatan "Setiakawan 6" oleh:
Zamer Rizal Osman @ ZoRrO
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor

Sunday, February 28, 2010

Reunion SMTJB 1986/87..."Back To The Future (Siri 5)"

27 Februari 2010, 1:00 pm - 3:30 pm

Mesyuarat No.5 telahpun berlangsung di Glory Beach Resort, Port Dickson bersama 4 orang AJK dan Pengurus Jualan & Pemasaran, Pn Maya. Mesyuarat "padang" bagi menentukan lokasi majlis, kemudahan penginapan, ujirasa makanan dan sebagainya.



Catatan "Setiakawan 5" oleh:
Zamer Rizal Osman @ ZoRrO
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor

Sunday, February 14, 2010

Reunion SMTJB 1986/87..."Back To The Future (Siri 4)"

07 Februari 2010, 4:00 pm - 7:00 pm

Mesyuarat No. 4 bersama 8 orang AJK telahpun berlangsung di Restoran Saba', Cyberjaya.

Perbincangan kali ini lebih hangat dan riuh dengan laporan kewangan Bendahari Dayak dan laporan khusus daripada setiap Jawatankuasa seperti JK Persembahan Multimedia, JK Lucky Draw, JK Door Gift dan juga JK Pendaftaran.

Acara penyerahan wang untuk perbelanjaan JK juga sempat dirakamkan oleh JK Fotografi yang kini sedang giat menjalani latihan "Paparazzi".



Catatan "Setiakawan 4" oleh:
Zamer Rizal Osman @ ZoRrO
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor

Sunday, January 31, 2010

Titisan Zaman..."Back To The Future I"


Hujan diluar kedengaran amat lebat. Hentaman air dari langit yang menyejukkan atap genting rumah yang bahang. Tiba-tiba fikiran merewang menerokai sejarah zaman silam...

Kembali ke zaman zilam...1977-1981...Episod 9

Seorang budak kecil kelihatan membatukan diri sambil bersila di atas pangkin. Pangkin kayu hasil kerja tangan Atuk yang diletakkan di beranda rumah sebagai tempat bersantai. Tubuh kurus yang hanya berseluar pendek gelap dan tidak berbaju kelihatan menyilangkan kaki membungkus dada nipis. Mata jernih merenung titisan air hujan yang mengalir deras menghiris bumi. Lantas membentuk takungan bak kolam renang dipenghujung aliran. Pasti selepas ini akan menjadi medan kocakan rakan-rakan sebaya. Tiada istilah kotor kepada mereka. Umpama pesta air.

Seorang budak kecil kelihatan leka memerhati Si Nenek menenggekkan kuali di atas dapur minyak tanah. Ikan kembung yang berlumur kunyit menanti untuk digoreng buat makanan tengahari. Api tidak mahu menyala pula. Lantas Si Nenek menyuruh Si Cucu mengisi minyak di dalam balang kaca. Tanpa berlengah Si Cucu mengeluarkan balang kaca jernih lalu menuju tin aluminium minyak tanah yang terletak dibawah almari makanan yang usang. Dipam perlahan-lahan sambil corong penyedut dihalakan kedalam balang. "Dah penuh Mak!"

Seorang budak kecil kelihatan pantas berlari dengan hanya berkaki ayam. Walaupun kecil, lariannya bagai lipas kudung. Mencungap-cungap budak yang mengejarnya. Sesekali mereka bermain ejek-ejek. Buat Si Pengejar panas hati. Dia menuju bangsal kayu yang dijadikan "rumah". Budak yang mengejar mati langkahnya dan wajahnya masam mencuka. Oh! Mereka bermain "Polis & Pencuri" rupa-rupanya. Suasana lewat petang yang riuh dengan suara kanak-kanak menjerit. Tidak kurang juga yang menangis sakan apabila ditangkap Si Polis.

Seorang budak kecil sekali lagi berlari pantas dari rumah tanpa berbaju menuju satu destinasi. Entah apa yang ingin dikejarnya sehingga begitu pantas meluru dari pintu rumah. Tanpa berselipar memecut deras membelah cahaya senja. Sekembalinya dia, 5 bungkusan Mamee berada didalam gengaman. Rupa-rupanya dia disuap oleh Bapa Saudaranya untuk membeli Mamee di kedai Pak Ali yang terletak 100 meter dari rumah. Patutlah bersemangat kerana bahagiannya juga ada sebagai upah.

Siapakah Budak dan Si Kecil ini? Itulah aku di zaman silam. Menjalani kehidupan kanak-kanak yang sukar dijual-beli. Satu zaman yang tidak akan kembali lagi. Hanya kenangan memahat perasaan. Namun, titisan zaman tetap wujud seumpama titisan hujan yang tidak pernah gagal mengalir ke bumi.

Back to the future...

Coretan "Si Budak" oleh:
Zamer Rizal Osman @ ZoRrO
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor

Reunion SMTJB 1986/87..."Back To The Future (Siri 3)"

23 Januari 2010, 5:00 pm - 7:00 pm

Mesyuarat No. 3 bersama 4 orang AJK telah berlangsung di Medan Selera, Taman Warisan Pertanian, Putrajaya.

Perbincangan yang lebih menjurus kepada soal kos dan belanjawan Reunion yang bakal diadakan. Adakah semua ahli mampu menanggung kos yang ditetapkan? Satu cabaran hebat buat Si Bendahari "Dayak" khususnya dan Jawatankuasa amnya.

Catatan "Setiakawan 3" oleh:
Zamer Rizal Osman @ ZoRrO
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor

Sunday, January 17, 2010

Reunion SMTJB 1986/87..."Back To The Future (Siri 2)"

16 Januari 2010, 10:30 am - 12:30 pm

Mesyuarat No.2 bersama dengan 6 orang AJK telahpun berlangsung di Kelab Golf PDRM, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Perbincangan yang lebih terperinci terutama menentukan lokasi Reunion yang bakal menjadi sejarah TERHEBAT!



Catatan "Setiakawan 2" oleh:
Zamer Rizal Osman @ ZoRrO
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor

Sunday, January 10, 2010

Reunion SMTJB 1986/87..."Back To The Future"

04 April 2009 merupakan detik permulaan. Aku menjadi ahli No.1, Batch 1986/87 yang mendaftarkan diri di Web Ning Alumni Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru (SMTJB), Johor.

Kini, selepas sembilan(9) bulan berlalu, Batch 1986/87 telahpun mencecah angka 77 orang ahli. Umpama peledak yang meletup secara berangkai ke seluruh pelusuk benua.

Ya, persahabatan yang ikhlas dan unik tidak akan mengenal erti sempadan dan status diri. Teknologi Maklumat telah membuka ruang "Stargate" yang sebelum ini tidak pernah aku terfikir untuk menjelma dengan amat luas.

Dunia yang berputar secara berasingan selama 22 tahun kini dirapatkan dengan "Friendship Stargate".

Antara dialog-dialog awal yang telah membuka suis "Friendship Stargate":

Comment by Zamer Rizal Osman on April 4, 2009 at 8:11pm
Delete Comment Assalamualaikum...Selamat Datang ke TIJB Group/Batch 1986/87!

Comment by Samari Bin Rahim on April 6, 2009 at 6:18pm
Delete Comment Salam. Iye iye. Kena kumpul lagi ahli ni.

Reunion SMTJB Batch 1986/87 kini sedang giat dalam perancangan Jawatankuasa Ad-Hoc. Memandangkan aku ahli No.1 yang digelar "Creator atau Founder", aku mengambil tanggungjawab peribadi untuk bertindak sebagai Pengerusi untuk menggerakkan kumpulan ini. InsyaAllah, dengan bantuan ahli-ahli lain yang kelihatan amat bersemangat, aku percaya kemuncak Reunion yang akan diadakan pada 13-14 Mac 2010 di Port Dickson, Negeri Sembilan akan menjadi kenangan dan sejarah terhebat dalam diari kehidupan bekas pelajar-pelajar SMTJB Batch 1986/87.

Antara foto-foto Mesyuarat No.1, Reunion SMTJB Batch 1986/87 yang diadakan semalam di Geng Corner, Shah Alam.



"Mustahil untuk kita berundur ke belakang. Cukuplah sekadar menoleh dan mengimbas lorong perjalanan yang telah kita lalui bersama. Walaupun kini lorong kita berbeza tetapi semangat setiakawan kita tetap bersatu. Selamat Bertemu Kembali di Alam Maya!"

Coretan "Setiakawan" oleh:
Zamer Rizal Osman @ ZoRrO
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor