...Bagai terasa sejuta bintang berkelipan dilangit menerangi Stadium Shah Alam. Wajah keriangan rakyat Malaysia terserlah malam ini dengan kejayaan "tenaga muda" pemain-pemain bolasepak Malaysia "membenam keangkuhan" pasukan Myanmar dengan jaringan "bertenaga" 3-1.
TAHNIAH! Sudah agak lama jantungku tidak berdegup kencang. Kalau adapun sukan yang membuatkan aku "terpaku" dan "membatu" di depan TV hanyalah badminton. Sukan yang masih mengekalkan tahap keunggulannya diarena antarabangsa.
Apa yang boleh aku perkatakan malam ini? Kesimpulannya, pasukan muda kita ini cukup MENYERLAH, BERTENAGA, BERSEMANGAT, BIJAK dan CEKAP.
Ini hanyalah permulaan dan lembaran baru bagi mencetuskan kembali "Morale" dan membetulkan "Persepsi" kita. Jauh lagi perjalanan pasukan muda ini. Dibahu mereka terpikul kini cabaran dan pengharapan rakyat dan negara Malaysia untuk melihat bolasepak negara kembali unggul.
Satu kebetulan pula...nukilan aku ini melengkapkan 50 coretan sesuai dengan 5o tahun kemerdekaan negara...
"MALAYSIA BOLEH"
"MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!"
Coretan Bersemangat:
Zamer Rizal Osman @ ZoRrO
Bandar Kinrara, Puchong
2 comments:
Happy MeRdeka dAy! ///ivana
Happy Merdeka Day to you too..Ivana. Terima kasih kerana singgah ke blog saya.
Kita harus sentiasa muda untuk mengisi "erti kemerdekaan" :-)
Tetapi risau juga memikirkan akan ada anak muda kita yang hanyut selepas detik 12:00pm :-(
Post a Comment