Kembali ke zaman silam...1995...Siri 2 (sambungan)
Babak 5 – Sesaknya Kota Bangkok
Kaki telahpun berpijak dibumi asing. Tidak pernah termimpi sebelum ini untuk aku keluar dari bumi Malaysia. Kini, impian telah menjadi kenyataan. Bas ekspres mewah telahpun sedia menanti aku dan rakan-rakan di gerbang utama Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok. Bas yang hanya akan membawa 10 orang penumpang VIP rakyat Malaysia menuju tempat penginapan First Hotel.
Sepanjang perjalanan, mata tidak berkelip meneropong keunikan binaan bangunan yang tersergam indah. Segalanya unik dan tersendiri yang jelas menyerlahkan identiti Negara Thailand. Kesesakan jalanraya memang ketara kronik bagai arus air yang mengalir tanpa henti. Kiri, kanan, depan dan belakang sentiasa sahaja penuh dengan kenderaan pelbagai bentuk dan warna. Mata aku terpukau apabila menyaksikan “Tut Tut” menyelit dan menyelinap didalam kesesakan yang padat. Bunyi hon kenderaan silih-berganti bagai irama muzik. Pelbagai nada. Segalanya benar-benar satu pengalaman baru kepada aku. Kesesakan kota Bangkok kelihatan lebih melemaskan berbanding kesesakan bandaraya Kuala Lumpur.
Babak 6 – Jualan Langsung Pertama
Selepas seketika melabuhkan badan dibilik penginapan, aku dan rakan-rakan (seorang Cina dan dua orang India), berpakat untuk bersiar-siar sebentar disekitar hotel penginapan. Empat sekawan yang jelas berwajah “Alien” berbanding dengan orang-orang yang berada dipersekitaran. Pintu lobi hotel terbuka dengan sendirinya. Lapan kaki kami kini telah berada di kaki lima bangunan hotel berhadapan jalan utama kota Bangkok.

Tiba-tiba kami dikejutkan dengan sapaan seorang “Mamat Thai” yang tiba-tiba muncul dari sisi bahu kami. Pakaiannya amat bergaya (bercorak bunga-bunga) sambil memegang beg ala James Bond 007. Lantas dikeluarkannya sesuatu yang kelihatan seperti sebuah album. Tanpa rasa kaku dan kekok, disuakan kepada kami sambil membuka isi album satu persatu.
Wow!!! Berdiri bulu roma aku apabila melihat foto-foto pelbagai aksi ghairah separuh bogel, berbogel dan foto "dua tubuh melekat" disuapkan kepada kami. Sambil berkata “Sir, very cheap Sir...only 1,000 bath (RM100) for 1 hour Sir...very beautiful Sir…You want Sir...come...” Walaupun terkejut beruk dengan jemputan tanpa undangan ini, aku dan rakan-rakan spontan melayan Mamat sekor ni. Padahal, tujuan aku dan rakan-rakan hanyalah untuk melihat lebihan gambar-gambar lucah yang penuh satu album. Dialog kami seolah-olah ingin melanggan. “How much this girl…this…this one..that one…Wah!!! this one looks fresh lah…that one looks old lah…” Cukup rambang mata.

Kesudahannya, aku dan rakan-rakan menggelengkan kepala memberikan signal bahawa “kami suci dalam debu”. Mamat Thai terus berlalu sambil menarik muka 14 inci. Cuma profesionalnya Mamat ini, dia tidak memaksa kami melanggan. Jelas menunjukkan betapa beretikanya Bapak Ayam ini didalam menjalankan perniagaan yang tidak beretika. Fuh!!! pengalaman ini benar-benar menyeramkan. Hanya niat dan prinsip diri yang menjadi kawalan peribadi agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan. Jangan cari masalah. Kena AIDS baru tau.
Babak 7 – Oksigen Tercemar
Babak 7 – Oksigen Tercemar
Setelah mengalami kejutan bersama Bapa Ayam, kami tanpa berlengah menghayun kaki menyusuri kaki lima jalan. Mata liar memerhati persekitaran. Bimbang juga jika ada lagi Bapak Ayam lain yang cuba menghampiri kami. Cari nahaslah. Mahunya kami lari pecut 100 meter. Disepanjang teres jalanraya, kelihatan bersusun gerai-gerai kecil seumpama gerai Burger di Malaysia. Kelihatan asap putih menyelimuti. Apakah makanan yang dibakarnya?
Minda aku tiba-tiba muncul perkataan BABI. Sah, memang ada tertulis perkataan “Pork”. Aku tanpa berlengah menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menghampiri satu persatu gerai jualan daging BABI ini. Malang sungguh nasib aku kerana gerai-gerai yang tidak putus disepanjang jalan benar-benar membuatkan udara dalam rongga dada aku kian kontang. Akhirnya, tersedutlah jugak oksigen yang tercemar ini yang baunya cukup meloyakan. Rakan-rakan aku pula berlagak selamba saja. Siap singgah berbual lagi dengan penjual. Yalah, mereka itu Cina dan India. Apa mereka kisah. Asap daging BABI panggang mungkin memberikan satu kenikmatan percuma buat mereka. Aku saja berbangsa Melayu yang berpegang kepada halal dan haram.
Langkah aku kian pantas untuk melepasi gerai-gerai yang seumpama cendawan tumbuh lepas hujan. Cukup melemaskan. Satu lagi kejutan minda dan perasaan yang benar-benar menyiksakan. Hendak termuntah dibuatnya. Ingin sahaja aku balik segera ke Malaysia menghidu sambal belacan sebagai penawar.
Babak-babak seterusnya…lebih menggemparkan...
Babak-babak seterusnya…lebih menggemparkan...
Akan disambung dalam Siri 3...antaranya...tawaran untuk kami menyaksikan Tiger Show (Woww!!!)…Jamuan Makan Malam yang tidak menyelerakan (Eeeee...Pork)…Bar Jalanan Berwarna-warni (Fuhh!!! Menghairahkan) dan banyak lagi...
Segalanya dibawakan untuk anda melalui Siaran Tertunda Back To The Future VI...Tunggu...
Coretan "Terkejut" oleh:
Zamer Rizal Osman @ ZoRrO
Bandar Kinrara, Puchong
No comments:
Post a Comment