Melodi Kehidupan


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Monday, August 13, 2007

Kod Kehidupan : Graf Motivasi

Sudah hampir 2 minggu aku tidak menulis. Fikiran dan perasaan terasa buntu pula. Di pejabat, lemas dengan isu dan masalah kerja. Masalah orang adalah masalah aku, masalah aku pula bukan masalah orang. Sampai di rumah, badan dan fikiran terasa letih untuk berkarya dan mengarang. Terasa 2 minggu yang berlalu tanpa pengisian. Tiada lagi kebiasaan mengarang pada malam Sabtu dan Ahad.

Sejak 2 minggu ini, fikiran dan perasaan aku hilang fokus. Kadangkala terasa amat mudah untuk berkata-kata dan menulis sejuta perkataan motivasi dan menaikkan semangat orang lain. Walau bagaimanapun, apabila kena batang hidung sendiri, baru kita tahu bahawa langit yang gelap itu bukan mudah untuk dicerahkan kembali. Jarang awan mendung berlalu dan hilang dikaki langit tanpa hujan membasahi bumi.

Aku harus kembali fokus. Tiba masanya pasti aku akan kembali ke landasan dan dataran asal kelahiran aku. Kembali menulis, terus menulis dan kekal menulis...

Nantikan tenaga baru dengan skop penulisan baru...masih mencari ide... :-)


Kod Hibernisasi:
Zamer Rizal Osman @ ZoRrO
Bandar Kinrara, Puchong

4 comments:

mohamad kholid said...

pegi le cuti!

Zamer Rizal Osman @ ZoRrO @ Putera Halimunan said...

Ya betul tu bro!...kena cuti-cuti Malaysia ni...minggu depan cuti sekolah...bolehlah aku menerokai sumber baru...Aku pasti mencari kaki langit dan hutan khatulistiwa...TQ :-)

Anonymous said...

nice blog...juz drop by visiting your page,,, >>>ivana khan

Zamer Rizal Osman @ ZoRrO @ Putera Halimunan said...

Thanks Ivana...:-)