Pengenalan:
...Era hiburan sekarang ini cukup menghiburkan dan tak kurang juga "melalaikan". "Heboh" sana dan "kecoh" sini dengan pelbagai bentuk dan corak hiburan. Bercerita tentang hiburan, tiba-tiba tangan ini gatal mencari fail komentari yang lama. Salah satu komentari yang cukup "sensasi' yang aku hasilkan untuk tujuan ruangan Forum media cetak adalah berkenaan "Akademi Fantasia" bertarikh 27hb Julai 2003. Hantar ke Utusan Malaysia tetapi tak laku untuk tujuan penerbitan. Tiada nilai komersial... :-(

Tajuk:
Akademi Fantasia : “Game Show” Era Baru
Konsert Akademi Fantasia (AF) minggu ke-7 telahpun berakhir. Akhirnya Nana telah tersingkir setelah berjaya bertahan dalam goyah selama 6 minggu. Walaupun vokal dan persembahannya kali ini lebih mantap daripada minggu sebelumnya, ternyata kali ini nasib tidak lagi menyebelahi Nana. Pastinya satu keputusan yang amat dinanti-nantikan oleh kebanyakan penonton. Keputusan yang memberi sedikit ruang dan kelegaan kepada pihak AF dan ASTRO setelah menerima kritikan hebat daripada pelbagai golongan penonton di atas penyingkiran Rosma pada konsert minggu ke-6 yang lalu.
Adakah keputusan minggu ke-7 ini mencerminkan bahawa pengundi telah kembali ke landasan kematangan yang sebenar ? Adakah ini bermakna para pengundi kini telah kembali sedar bahawa peranan mereka amat penting agar membuat pilihan yang tepat ? Adakah ini membuktikan bahawa para penonton kini bijak mengawal diri daripada dibuai emosi yang keterlaluan ?
Setelah mengikuti secara konsisten Diari AF dan Konsert AF sehingga minggu ke-7, saya tanpa ragu-ragu ingin mengucapkan syabas kepada pihak ASTRO kerana telah berjaya dalam strategi perniagaannya dengan menerbitkan satu rancangan pertandingan hiburan baru berbentuk “Game Show” yang begitu hebat, hangat dan berjaya disegi komersial. Pasti rancangan ini akan menjadi anak emas dan kebanggaan ASTRO kerana walaupun baru berusia tujuh minggu, ianya telah berjaya mencetuskan suasana Demam AF dikalangan para penonton dan yang jelas telah memberikan pulangan yang amat lumayan melalui perkongsian pintar caj SMS.
Kita lupakan isu Rosma tersingkir, isu tahap kematangan undian pada penonton, isu juri profesional, isu etika pengadilan dan sebagainya. Saya ingin keluar daripada kotak kritikan dan pemikiran sedia-ada dan ingin berkongsi pandangan dalam sudut yang berbeza. Bagi saya kritikan hebat yang diterima oleh AF baru-baru ini merupakan satu publisiti percuma dan bonus kepada pihak AF dan ASTRO. Inilah gimik rancangan yang harus diwujudkan oleh ASTRO. Komen dan kritikan yang diterima setiap hari yang dilontarkan melalui perbualan hangat di rumah, pejabat, kedai kopi, akhbar, radio dan sebagainya secara tidak langsung telah membuktikan bahawa rancangan ini telah berjaya dalam strategi pemasarannya untuk menarik minat penonton-penonton terutama pelanggan-pelangan ASTRO untuk terus kekal bersama ASTRO. Pada masa yang sama pasti kehangatan AF yang sentiasa diperbualkan akan menarik pula pelanggan-pelangan baru. Bijak…bijak.
Sekiranya kita lihat dan nilai secara menyeluruh konsep dan pendekatan rancangan ini, ianya ternyata sesuatu yang amat istimewa dan unik. AF bukanlah akademi berorientasi pendidikan formal seperti Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang mempunyai tanggungjawab melatih dan melahirkan graduan Sijil, Diploma dan Ijazah Kesenian. AF adalah akademi berorientasi kormersial televisyen yang tidak terhad dan terikat dengan disiplin tertentu. Oleh itu, sekiranya diperhatikan AF cuba mengambil pendekatan berbeza dengan lari daripada konsep pertandingan nyanyian sedia ada yang kebanyakan lebih berbentuk pertandingan mingguan dan bermusim. Malah, AF bijak dalam strategi uniknya ini dengan menarik minat penonton-penonton mengikuti secara konsisten kehidupan harian pelajar-pelajar di Akademi secara spontan. Diari AF yang disiarkan setiap hari telah mencetuskan budaya tontonan yang baru. Setiap hari pasti Diari AF akan dijadikan jadual harian tetap seisi keluarga. Situasi ini akan melahirkan satu perasaan terikat penonton kepada AF. Apatah lagi kini ditambah pula kemudahan AF TV SMS Chat (AF@17), SMS Undi dan Menang, SMS Jawab & Menang, Gosip, Fan Mail, Forum, Nada Dering, Logo dan sebagainya. Segala kemudahan yang disediakan ini pasti memikat para penonton terutama golongan remaja. Dan dalam jangkamasa panjang akan mewujudkan budaya hiburan yang baru di Malaysia.
Cuba kita lihat pula suasana Konsert AF pada setiap minggu. Syabas diucapkan kepada Saudara Aznil kerana bijak bermain dengan kata-kata terutama sebelum mengumumkan keputusan. Saudara Aznil merupakan seorang pengacara yang bijak bermain dengan ruang waktu, muzik latar dan emosi penonton-penonton. Mempamerkan beg pakaian, membuka secara berhati-hati kad nama pelajar yang bakal tersingkir dan mengumumkannya adalah suasana simbolik yang pasti menyentap emosi penonton yang sekiranya tidak dikawal akan berlinanglah air mata. Dalam Diari AF dan sepanjang tempoh pengacaraan Konsert AF, Saudara Aznil kerap menanam mesej kepada penonton agar memainkan peranan mereka dengan menghantar undi. Dialognya sentiasa menyentuh emosi penonton dan pastinya penonton yang terpengaruh akan merasa serba-salah jika tidak mengundi. Penonton yang terpikat dengan mainan emosi Saudara Aznil dan ingin memastikan pelajar kegemarannya kekal dalam AF pastinya akan terus menjadi pengundi setia tanpa memperdulikan kos caj SMS yang yang akan ditanggung kelak.
Jelas bahawa AF adalah “Game Show” Era Baru. Oleh itu, dimasa hadapan sekiranya ada kejutan berlaku, anggaplah ianya sekadar gimik rancangan. Usahlah kita pertikaikan keputusan undian SMS penonton kerana kita harus memahami bahawa AF bukanlah berkonsepkan pertandingan yang biasa kita saksikan sebelum ini yang sentiasa menjaga etika pengadilan. AF lebih berorientasikan komersial televisyen. Usahlah kita risau dan sedih di atas kegagalan pelajar-pelajar meneruskan kehidupan di AF. Mereka ini pasti akan dipinang oleh komposer-komposer tempatan, ASTRO atau stesyen televisyen yang lain sekiranya mereka ini benar-benar berbakat. Apa yang perlu kita risaukan adalah kocek kita. Kita bimbang sekiranya kita terlalu dibuai emosi yang keterlaluan, ianya akan memudaratkan kehidupan kita kerana terpaksa membayar bil telefon bimbit yang melampau gara-gara AFUNDI.

Coretan "Tak Laku":
Zamer Rizal Osman @ ZoRrO
Bandar Kinrara, Puchong
No comments:
Post a Comment